Nak Mula Niaga Tapi Tak De PEMBEKAL yang Jujur & Amanah? - Oh Mudahnya

Nak Mula Niaga Tapi Tak De PEMBEKAL yang Jujur & Amanah?

90% Rezeki dari berniaga

 

Ramai orang tahu tapi nak praktis tu susah beb..

Berniaga kena ada jiwa kental dan tak putus asa… Yela nanti orang akan tipu, kawan makan kawan, tikam belakang,mmmmmm….. macam-macam la…

 

Aku dah pernah kena..

Aku buat bisnes.. Banyak kes aku kena tipu.. Yang aku terkilan yang tipu aku bukannya bernama Ah Chong ataupun Ramu TAPI orang tipu aku tu bernama Ahmad dan Nur di awal nama…

Sentap beb…

 

Kes penipu #1

Ada mamat ni die bagi cek kat aku… Ada la dalam cek RM5,000. Lepas tu aku pun bank in la… Lepas 2 hari float kena TENDANG balik..

Aku call la.. ‘Wei cek hang tendang..” Aku ingat nak sepak balik… Die pun jumpa aku.. Bagi cek lagi RM5,000. Aku bank in lagi… Perrrhhh… kena tendang lagi…

Aku cal lagi.. “Wei cek hang kena tendang lagi..” Lepas tu hari-hari aku mesej… Ada masalah keluarga la, ah macam-macam..

Last-last lantak kat hang la… Nanti aku claim kat Padang Mahsyar..

Sampai sekarang mamat tu tak sms atau cal aku.. Aku lak yang malu nak mintak kat die.. Padahal die hutang aku… Manusia..manusia..

o-IDENTITY-THEFT-facebook[1]

 

Kes Penipu #2

Yang ni aku kena dengan agen pulak… Laki jugak la…

Aku percaya dekat agen ni.. Aku pun buat la kes die..Amboi nak buat bukan main kalut.. Tapi bila mintak $$$ ‘Sok aku datang ye”

Lepas esok..esok..pastu esok…

Last-last hilang terus. Tapi aku tau die ada je.. Aku malas nak cari…

Yang ni dalam RM1,500..

Tapi macam biasala aku tenang dan diam jela… Nanti aku claim ye..haha

 

Kes Penipu #3

Ni lak pompuan.. Sama macam kes no 2…

RM1,000++ jugak la.. Aku pun tak ingat dah…

Minah ni sampai pindah la kat 1 tempat… Aku mesej jugak tapi die kata akan bank in kan.. No akaun aku dah bagi…

Tah la sampai sekarang senyap je…

Lantakla aku malas nak cari.. Pandai-pandai ingat sendiri la..

 

 

Ah dah melalut dah..

Masalah utama untuk meniaga adalah cari pembekal yang JUJUR & AMANAH.

 

Kalau tak nanti senang kena tipu..

Aku tau kat mana nak cari pembekal tu sebab kawan aku ada senarai pembekal yang dipercayai.

Bukan susah pun nak dapat cari kat Google je.. Tapi tak tahu jujur ke tak pembekal tu..

 

Kawan aku ada buat senarai pembekal.. Banyak jugak la..

Boleh tengok dekat Senarai Pembekal di Malaysia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *