Tips anak membaca dengan cepat bermula dari rumah - Oh Mudahnya

Tips anak membaca dengan cepat bermula dari rumah

Yeke tajuk tu?

Ni pandangan aku…

 

Sebenarnya anak pandai membaca bermula dari rumah.. Mula dari ibu bapa sendiri.

Bukannya campakkan tugas mengajar 100% dekat cikgu…

 

 

Aku sibuk kerja la..

Tu alasan yang biasa mak ayah bagi.

Sibuk mana pun urusan kerja bagi la sikit ruang untuk anak..

 

Kalau tak boleh sejam sehari, 10 minit pun cukup la sehari..

Ajar Anak Membaca

Ajar Anak Membaca

 

 

Ah aku dah merapu..haha

Sebenarnya aku nak kongsikan 3 tips didik anak membaca:

 

1. Flash card

Tau kan flash card… Ala 1 huruf 1 kad…

Sebenarnya sangat mudah… Ajar anak 1 huruf dulu sampai ingat… Lepas tu esoknya kalau dah ingat bagi kad ke 2.. Ulang kad 1 dan 2..

Bila dah ingat keluarkan kad ke 3… Ulang kad 1,2 3..

Ulang sehingga habis…

Bila dah habis cuba tunjuk tidak mengikut urutan…

 

 

2. Belajar Sambil Bermain

Kanak-kanak belajar bukan seperti orang besar. Belajar duduk atas kerusi..

Ajar mereka ketika bermain.. Jangan la skema sangat…

Boleh buat belajar membaca dengan game… Kita boleh sediakan hadiah sebagai pemangkin. Ala cokelat 2 kupang pun tak pe..

 

 

3. Belajar dalam kereta

Ni aku teringat dulu-dulu masa kecik..

Aku tak suka kalau mak aku hantar pergi sekolah sebab dalam kereta nanti mak aku suruh baca sifir.. Pagi-pagi buta kena baca sifir.. Aku baru nak tido otw pergi sekolah..

Tapi…

Itula cara paling berkesan….

 

 

Okla cukup 3 tips je… Asalkan boleh cuba yee..

Paling penting didik anak bukan 100% atas bahu cikgu ye…

Sebagai ibu bapa kena bertanggungjawab juga didik anak membaca… Semoga jadi anak soleh

 

Oh kalau nak panduan Didik Anak Cerdas KAT SINI

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *