Walaupun Minyak TURUN tapi Belanja kita NAIK atau TURUN? - Oh Mudahnya

Walaupun Minyak TURUN tapi Belanja kita NAIK atau TURUN?

Semenjak minyak turun ni aku tengok minyak Hijau asyik abis je.. Orang dah tak pandang minyak kuning dah.. Ingat dulu masa zaman Pak Lah yang minyak naik kaw-kaw punya.

Aku balik kampung pun naik keta buruk sebab isi petrol. Bawak balik ranger isi Diesel mahal giler. Mana tak nya isi RM50 suku je…

Memamag azab masa tu..

Minyak dah murah sekarang

Minyak dah murah sekarang

 

So sekarang minyak dah murah.. isi RM50 dah penuh tank.

Jadi belanje kita pun makin naik. Tak percaya??

1. Bini ajak makan kat luar tepi pantai… Jommm… tak pe minyak banyak lagi.. Tak habis duit isi minyak habis dekat makan luar. Kalau sekali sekala bini ajak makan luar tu tak kisah la.. Tapi kalau hari-hari dinner dekat tempat sedap boleh parah…

2. Dulu kalau nak pergi shopping complex pun pikir 2 kali.. Minyak lagi..parking lagi… Tapi sekarang.. Pantang ajak pergi je… tak pe minyak banyak… Tak tahan siap habis 2-3 ratus tuk shopping.

 

Sebenarnya kalau minyak naik turun pun tak kisah..

Gaji besar atau kecik pun tak penting…

 

Point paling penting ‘PENGURUSAN KEWANGAN’.

Tak de la kena buat buku lejer bagai… Tapi sekurangnya bajet perbelanjaan setiap bulan dah tahu jumlahnya… Pembahagian untuk duit gaji dah ada untuk setiap bulan..

Antaranya:

  • Sewa rumah
  • Bil api
  • Bil elektrik
  • Bil Telefon
  • Loan kereta
  • Nafkah isteri
  • Belanja dapur
  • Duit sekolah

 

Belanja ni mesti ada setiap bulan.. Dalam dalam syarikat di sebut Operation Expenditure (Macam salah je eja..haha) Kalau tak cukup belanja ni maknanya tak boleh enjoy la bulan tu..

Jika tak boleh nak kurangkan belanja, naikkan pendapatan.

Mana tau orang rumah yang bosan duduk rumah boleh tampung-tampung mana yang perlu seperti:

  1. Buat cupcake
  2. Jual Kek Coklat
  3. Jual Tart

 

Benda-benda kan HOT masa perayaan… Kalau di luar perayaan pun ada permintaan masa kenduri kahwin, kenduri aqiqah, doa selamat, rumah terbuka dan banyak lagi.

Tak kisahla minyak naik atau turun, yang penting belanja diri sendiri kita yang kawal.

 

 

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *